Camna nak ada address website yang best dan pendek cam yang ada .com, .net, atau .org tu? tak best la nama panjang sangat..
Assalamualaikum dan SELAMAT HARI GURU kepada kawan-kawan guru diluar sana. Pernah terfikir atau terucap kata-kata seperti diatas? Soalan yang sering ditanya kawan-kawan pada saya. Jadi apa step pertama yang anda perlu tahu kalau ingin mempunyai laman web sebegini dengan address yang menarik, pendek dan yang paling penting sekali mudah diingat. Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah DOMAIN dan HOSTING.
Tutorial ini ingin mengupas topik Domain & Hosting serta cara mendapatkannya...
Minggu lalu sekolah telah mengadakan Kem Motivasi PMR dan kem ni telah dikemudikan oleh Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak. Ini kali kedua saya berkerjasama dengan pihak PERKEPIS sejak tahun 2006 dalam Program Kenyalang projek...Syukran Perkepis...Jumpa lagi di SMK Sebuyau....
Assalamualaikum W.B.T ...setelah 3 bulan menyepi...baru sekarang aku boleh online semula pas ada laptop ACER ASPIRE 4937G nie. Rasa macam bernyawa kembali di dunia internet. Hehehe. Sebelum ni hanya pinjam laptop kawan je untuk jenguk2 blog nie...
Kat sini aku nak kongsi beberapa gambar dengan sahabat-sahabat yang pernah mengunjungi laman blog yang ‘baru nak hidup’ semula nie. Gambar-gambar setakat aku berada di Sebuyau ni. OK, yang dibawah ni gambar pengalaman yang aku tak akan lupa masa mula-mula sampai ke Sebuyau. Banjir besar di Sebuyau. Kebetulan masa ni musim tengkujuh. Akibat dari banjir ni, motor pam tangki air Sebuyau rosak..Seminggu takda air kat sini.
Gambar kedua ni pulak gambar pemandangan SMK Sebuyau, tempat aku berbakti pada Negara untuk memajukan anak bangsa...Sekolah ni di bawah BUKIR RUAI, bukit yang cantik pada waktu pagi. Menara komunikasi kat atas bukit tu yang membuatkan penduduk Sebuyau ada henpon. Kalau 3 tahun lepas, memang takda ‘coverage’ langsung kat sini.
Progaram pertama yang membuatkan aku dikenali diseluruh kampung Sbuyau..Adeh...Kena jadi hakim untuk Pertandingan Nasyid, Berzanji & Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul. Suasana camni tak pernah aku rasa sebelum sampai ke sini. Gambar lagi satu tu masa terima hadiah cenderahati dari Yg Bhg. Julaihi, YB kat sini.
Dan yang terakhir..ini lah rumah tempat tinggal aku di Sebuyau ni..Kampung Baru Sebuyau...Alhamdulillah..Seminggu tinggal terus tuan rumah cat baru..
Setakat ni saja serba sedikit ceghita aku selama mendiamkan diri selama 3 bulan. Insyaallah, pasni boleh kembali kepada tujuan asal blog ni dibuat, BLOG IT & PENDIDIKAN ISLAM. Salam...
Salam...Dah lama tak bukak tenet ni.xpasang streamyx lagi skrg..Kawan-kawan yang kena ke 'seberang' banyak yg tgh sibuk skrg..
Ostad dapat di SMK Sebuyau, Samarahan...tempatnya best sangat di kg. Nalayan...2 Jam dari Kuching naik keta.....gaji kat sini leh la nak wat makan minum...hehehe
Ostad kene Ngaja Form 1 sumer Pendidikan Islam, Sesi petang , ngan satu kelas 3 masa Sejarah...mencabar gak sbb Sejarah la Subjek yg ostad paling xminat...Sekolahnye dekat je..jalan kaki 10min..naik moto 5 min je...hehe..sumer ade dlm kampung ni...
Kesimpulannya,setakat ni best dan tenang tinggal di sebuyau ni...mungkin ada cabaran pada masa akan datang...doakan saya disini.
Esok,9Pagi Ustaz akan diterbangkan ke Sarawak. Tak tahu la bila pulak Ustaz akan online & update blog ni, kena tunggu beli laptop & broadband baru la rasanya boleh online balik lepas ni. Apapun, Ustaz ingin mengucapkan selamat bertugas kepada semua warga 'Pendidik Ummah' seluruh negara khususnya sahabat-sahabat seperjuangan DPLI UIAM, semoga anda semua menjadi pendidik yang mantap dan berjaya mendidik anak bangsa kita. Merekalah harapan bangsa, jadi didiklah mereka dengan sebaik-baiknya.
Kepada mak & ayah,sanak saudara serta 'yang tersayang',khabar saya di Sarawak akan diupdate di blog ni nanti. Insyallah..
Salam sahabat-sahabat semua, tidak terlambat lagi Ustaz ucapkan kepada semua sahabat-sahabat Salam Maal Hijrah 1430H. Semoga kesilapan sepanjang 1429H yang lalu kita maafkan bersama dan marilah bersama-sama kita membuka buku baru dalam hidup kita disertakan dengan azam baru yang akan mengubah episod hidup kita pada tahun 1430 ini. Sama-samalahkita berhijrah dari satu destinasi yang lebih baik dan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga hari-hari yang mendatang kita lalui dengan penuh tabah. Insyallah...
Ok, cukup setakat itu ayat Skema SMS...ada satu cerita Ustaz nak kita kongsi bersama. Cerita ni berlaku ketika Ustaz pergi membeli belah di sebuah pasaraya di rumah Ustaz. Ceritanya begini, ada 3 orang pekerja pasaraya tersebut, sorang Melayu, sorang Cina dan sorang India. Si Cina ni bertanya pada Si Melayu "ESOK HARI RAYA KAN?,KITA CUTI" , Si Melayu menjawab "HARI RAYA APA?ORANG ISLAM RAYA LAMBAT LAGI LA", Si India pula mencelah "ITU MUHARAM LA.."...barulah pekerja Melayu tersebut tahu yang hari ini ialah Awal Muharam...Apa yang Ustaz nak sampaikan disini, kita umat Islam kenalah 'alert' sikit tentang hari-hari kebesaran Islam ni. Janganlah sampai orang bukan Islam yang ingatkan kita ye..
Harapan Ustaz tahun ni nak mengajar pelajar2 Sarawak dengan sungguh-sungguh.. Tahun ini memang membuka buku baru dalam hidup Ustaz kerana dihantar untuk mengajar di Sarawak.. Semoga azam yang kita tanam pada tahun ni bercambah dengan subur..Amiinn....
Aku hanya seorang Hamba Allah yang ingin menyampaikan ilmu di dada kepada yang memerlukan. Walaupun ilmu yang aku ada ini tak sebanyak mana..akan aku sampaikan walaupun satu ayat..