|
Assalamualaikum W.B.T ...setelah 3 bulan menyepi...baru sekarang aku boleh online semula pas ada laptop ACER ASPIRE 4937G nie. Rasa macam bernyawa kembali di dunia internet. Hehehe. Sebelum ni hanya pinjam laptop kawan je untuk jenguk2 blog nie... Kat sini aku nak kongsi beberapa gambar dengan sahabat-sahabat yang pernah mengunjungi laman blog yang ‘baru nak hidup’ semula nie. Gambar-gambar setakat aku berada di Sebuyau ni. OK, yang dibawah ni gambar pengalaman yang aku tak akan lupa masa mula-mula sampai ke Sebuyau. Banjir besar di Sebuyau. Kebetulan masa ni musim tengkujuh. Akibat dari banjir ni, motor pam tangki air Sebuyau rosak..Seminggu takda air kat sini.  Gambar kedua ni pulak gambar pemandangan SMK Sebuyau, tempat aku berbakti pada Negara untuk memajukan anak bangsa...Sekolah ni di bawah BUKIR RUAI, bukit yang cantik pada waktu pagi. Menara komunikasi kat atas bukit tu yang membuatkan penduduk Sebuyau ada henpon. Kalau 3 tahun lepas, memang takda ‘coverage’ langsung kat sini. Progaram pertama yang membuatkan aku dikenali diseluruh kampung Sbuyau..Adeh...Kena jadi hakim untuk Pertandingan Nasyid, Berzanji & Perarakan Sempena Sambutan Maulidurrasul. Suasana camni tak pernah aku rasa sebelum sampai ke sini. Gambar lagi satu tu masa terima hadiah cenderahati dari Yg Bhg. Julaihi, YB kat sini.  Dan yang terakhir..ini lah rumah tempat tinggal aku di Sebuyau ni..Kampung Baru Sebuyau...Alhamdulillah..Seminggu tinggal terus tuan rumah cat baru.. 
Setakat ni saja serba sedikit ceghita aku selama mendiamkan diri selama 3 bulan. Insyaallah, pasni boleh kembali kepada tujuan asal blog ni dibuat, BLOG IT & PENDIDIKAN ISLAM. Salam...
|