|
Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan perkara2 sunat. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah S.A.W: “Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Riwayat Tirmidzi)...Puasa sebenarnya adadalah perisai kepada kita tak kira di dunia ataupun akhirat. Di dunia nie, puasa adalah perisai kepada maksiat manakala di akhirat Puasa ni perisai kepada apa pulak? Tentulah perisai kepada Api Neraka. Jadi kali ni, aku nak highlightkan beberapa isu tentang puasa di Bulan Syawal iaitu Puasa Enam. 1) Amalan Puasa seperti Puasa selama Setahun.. OK,setelah kita berpuasa enam,Umat Islam digalakkan untuk berpuasa Enam pada bulan Ramadhan. Bagi sesiapa yang tak tau, pahala puasa enam menyamai pahala puasa selama setahun. Tengok tu, betapa Pemurahnya Allah S.W.T kepada hambanya. Hanya puasa enam hari sahaja, pahala menyamai puasa setahun. Jadi, kalo korang tak buat lagi, masih ade waktu untuk tahun ni. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rasulullah S.A.W bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (Riwayat Muslim).
2) Dilakukan setelah Iedul Fitri..Puasa enam ni dilakukan di dalam Bulan Syawal. Tetapi janganlah pulak berpuasa pada 1 Syawal, HARAM hukumnya berpuasa pada 1 Syawal kerana 1 Syawal ialah hari menyambut kemenangan menentang hawa nafsu selama sebulan pada Bulan Ramadhan. Dalam hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda “Ini adalah dua hari raya yang Rasulullah melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fitri setelah kamu semua berpuasa dan hari lainnya semasa kamu semua makan daging korban (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih) 3) Dilakukan secara berurutan?Ramai murid aku tanye tentang hal ni ketika di sekolah. Sebenrnya puasa enam ni afdhal dilakukan berurutan. Akan tetapi BUKANNYA WAJIB dilakukan berurutan. "Ustat,mak saye kate kene puase berurutan" ,"Ustat, nenek saye kate kalau puase enam selang2 tak sah,betul ke Ustat?". Mungkin ada yang salah paham sebenarnye, afsal dilakukan je sebnarnye sebab takut kita terlupa atau tertangguh sehingga habis Syawal. Dalam hal nie, Imam Nawawi menjelaskan Hadith Sohih Muslim, “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fitri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini” 4) Dahulukan puasa Qodho' dahuluKalalu nak berpuasa enam, kita kena mendahulukan Puasa Qodo' dahulu. Sebab ape yer? Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajipan. Jadi "Boleh tak sekalikan puasa Qodho' dan puasa enam?" Boleh,tidak salah, akan tetapi dahulukan niat kita tu dengan niat hendak mengQODHO'kan dahulu & barulah niat puasa sunat. Sebab apa,kalau kita dahulukan yang sunat, seolah-olah puasa kita tujuan utamanya adalah puasa sunat. Wallahua'lam Bis Sowab... Setakat tu je buat kali ni...Salam...Renung2kan dan Selamat Beramal...
|