Written by shafeeq Published in: Journals, Daily

Mari mengenali beberapa golongan dalam masyarakat kita dari pandangan Islam..

*Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

*Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir senyuman.

*Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

*Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada.

*Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

*Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

*Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

*Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah org yang berbangga dengan ilmu yang ada tetapi tidak menyampaikannya pada orang lain.

Sebagai Renungan kita bersama...Insyaallah~
Komen (0)add comment

Tulis komen.
quote
bold
italicize
underline
strike
url
image
quote
quote
smile
wink
laugh
grin
angry
sad
shocked
cool
tongue
kiss
cry
kecilkan | besarkan

busy
Terakhir dikemaskini ( Thursday, 18 March 2010 )
 
< Sebelum   Seterusnya >