|
 Salam sahabat-sahabat semua, tidak terlambat lagi Ustaz ucapkan kepada semua sahabat-sahabat Salam Maal Hijrah 1430H. Semoga kesilapan sepanjang 1429H yang lalu kita maafkan bersama dan marilah bersama-sama kita membuka buku baru dalam hidup kita disertakan dengan azam baru yang akan mengubah episod hidup kita pada tahun 1430 ini. Sama-samalahkita berhijrah dari satu destinasi yang lebih baik dan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga hari-hari yang mendatang kita lalui dengan penuh tabah. Insyallah... Ok, cukup setakat itu ayat Skema SMS...ada satu cerita Ustaz nak kita kongsi bersama. Cerita ni berlaku ketika Ustaz pergi membeli belah di sebuah pasaraya di rumah Ustaz. Ceritanya begini, ada 3 orang pekerja pasaraya tersebut, sorang Melayu, sorang Cina dan sorang India. Si Cina ni bertanya pada Si Melayu "ESOK HARI RAYA KAN?,KITA CUTI" , Si Melayu menjawab "HARI RAYA APA?ORANG ISLAM RAYA LAMBAT LAGI LA", Si India pula mencelah "ITU MUHARAM LA.."...barulah pekerja Melayu tersebut tahu yang hari ini ialah Awal Muharam...Apa yang Ustaz nak sampaikan disini, kita umat Islam kenalah 'alert' sikit tentang hari-hari kebesaran Islam ni. Janganlah sampai orang bukan Islam yang ingatkan kita ye.. Harapan Ustaz tahun ni nak mengajar pelajar2 Sarawak dengan sungguh-sungguh.. Tahun ini memang membuka buku baru dalam hidup Ustaz kerana dihantar untuk mengajar di Sarawak.. Semoga azam yang kita tanam pada tahun ni bercambah dengan subur..Amiinn.... |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 29 December 2008 )
|
|
|

Tengah duk surfing terjumpa gambar ni..Ustaz suka sangat kat gambar ni. Kalaulah bilik kita leh wat cmni kan best...Ini la namenya Peminat Fanatik Photoshop..hehehe...Mungkin boleh buat kalo dah tak tau nak watpe kat rumah sendiri nanti... |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 29 December 2008 )
|
|
|

Pernahkah anda menerima email yang tidak diketahui pemiliknya dan email tersebut menghantar iklan perniagaan, jemputan ke laman web dan sebagainya? Apakah sebenarnya email tersebut dan bagaimana mereka mendapat alamat email anda? Mari Ustaz terangkan secara ringkas apakah sebenarnya email tersebut dan bagaimana ia berfungsi... |
|
Terakhir dikemaskini ( Friday, 26 December 2008 )
|
|
|
 Baru-baru ni ramai kawan2 kita yang terkena apabila Friendster mereka menghantar testimonial berunsur lucah kepada kawan2 tanpa disedari. Bayangkan kawan-kawan ustaz yang boleh dikata 'Siqah' pun leh hantar testi macam tu..hehehe.. Jadi bagaimana perkara camni boleh terjadi sedangkan tiada siapa pun yang tau password friendster kita? Mari ustaz jelaskan disini situasi yang boleh mencemarkan identiti & maruah friendster kita ni..... |
|
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 21 December 2008 )
|
|
|
 Surat dari Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dari KPM dah pun sampai di rumah saya...Tepat-tepat sebulan dari hari ini 5hb Januari 2009, jam 9pagi,aku akan 'terbang' ke Sarawak untuk memulakan hidup sebagai seorang guru di sana.. Banyak persiapan dari segi mental & fizikal, rohani & jasmani perlu dibuat kerana bukan sekejap aku nak merantau di tempat orang ni..Banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul apabila sampai disana. Menolong orang Islam di sana dah jadi tangungjawab utama, apatah lagi mengajar anak-anak bangsa kita sekarang untuk jadi oang yang berguna... Harap kawan-kawan mendoakan keselamatan aku di sana semoga selamat sampai ke destinasi & selamat menempuh pelbagai cabaran sebagai seorang guru...Insyaallah... |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 22 December 2008 )
|
|
Maaf dah lama tak update blog ni kerana Ustaz menghadiri Kursus Bina Insan Guru di UIAM, Gombak..Penat sungguh program ni sampai ada kawan-kawan Ustaz yang demam disebabkan program yang berturut-turut. Nasib baik la Ustaz takda ape-ape masalah.. Alhamdulillah..setelah seminggu berhempas pulas '08 & berlumus tungkus akhirnya Majalah Pendidik Ummah'08 akhirnya siap jugak. Design asalnya abstrak, tapi last2 jadi design grunge ala-ala 8tv...hehe. Terima kasih kepada Masterzoul (LIEY) dan Mohuspious (HUSNI) kerana sudi bersengkang mata demi Majalah Pendidik Ummah ni. .Thanks!! |
|
Terakhir dikemaskini ( Monday, 22 December 2008 )
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 Seterusnya > Akhir >>
|
| Keputusan 7 - 13 dari 24 |