|
Camna nak ada address website yang best dan pendek cam yang ada .com, .net, atau .org tu? tak best la nama panjang sangat.. Assalamualaikum dan SELAMAT HARI GURU kepada kawan-kawan guru diluar sana. Pernah terfikir atau terucap kata-kata seperti diatas? Soalan yang sering ditanya kawan-kawan pada saya. Jadi apa step pertama yang anda perlu tahu kalau ingin mempunyai laman web sebegini dengan address yang menarik, pendek dan yang paling penting sekali mudah diingat. Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah DOMAIN dan HOSTING. Tutorial ini ingin mengupas topik Domain & Hosting serta cara mendapatkannya... Apa itu domain? Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://ustaz-it.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati. Apa itu hosting? Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai. Cara mendapatkannya? Perlulah diingatkan, jika anda menginginkan address yang best,pendek,ringkas dan sewaktu dengannya,anda perlu mengeluarkan sedikit wang. Banyak syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan domain dan hosting. Antaranya ialah Fivio , Exabytes ,DataKL dan sebagainya. Anda hanya perlu pergi ke laman web tersebut dan pilih salah satu dari mana-mana pakej yang ditawarkan. Pekej biasa yang ditwarkan adalah dalam linkungan RM50 ke RM150 setahun. Ada juga yang menjangkau ratusan dan ribuan ringgit untuk pekej syarikat-syarikat besar. Cara Bayarannya selalunya dibuat melalui online banking, kredit kad dan paypal. Apa perlu dibuat setelah ada domain dan hosting? Ok, kini anda akan diberi satu control panel untuk anda mengupload segala file-file untuk website anda. Dalam hal ini, anda disyorkan terlebih dahulu mempunyai sedikit ilmu membuat website. Akan tetapi, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan webhoster masakini telah menyediakan servis easy web installation seperti INSTALLATRON. Hanya dengan beberapa klik anda sudah boleh menginstall website berbentuk PHPBB, JOOMLA, WORDPRESS dan sebagainya. Bagi yang ingin membuat blog saya syorkan menggunakan Wordpress, Joomla dan PHPBB untuk website syarikat dan komuniti. OK..setakat ini sahaja buat kali ini. Diharap anda dapat manfaat dari coretan saya yang tak seberapa ini. Jumpa lagi di tutorial akan datang..Assalamualaikum W.B.T... :: Isu diambil dari http://sembangkomputer.com :: |
|||||
|
ALLAH BERADA DI BUMI MENJELANG KIAMAT!!!! Tenang-tenangkan diri... Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/ Terima Kasih Krulayar |
|
|
report abuse
vote down
vote up
|
Akulah aku...
Aku hanya seorang Hamba Allah yang ingin menyampaikan ilmu di dada kepada yang memerlukan. Walaupun ilmu yang aku ada ini tak sebanyak mana..akan aku sampaikan walaupun satu ayat..
Download Terkini
Blog Sahabat
- Arizs' Blog
- Azran- Islamic Blog
- Al-faizun - IT Student
- Masterzoul - Sifoo Fotografi
- Fauzi - Designer Al-Azhar
- Hafizulrahman's IT Blog
- Kurt Network - Sifoo Scripting
- Mofir - Geng IT
- Mohuspious - Geng IT
- Munirah @ Tasneem Blog
- Mior Isfandy - Kawan lama..
- Syahir - Kiasan Kasturi
- Robot - Engineer + IT
- Rozaidi's Word Life
- Zarith - Cikgu IT

