Mungkin sudah banyak yang mengetahui perisian Grafik paling popular untuk mengedit gambar, membuat special FX pada gambar, membuat poster, majalah, website dan pelbagai lagi, perisian yang tidak asing lagi iaitu Adobe Photoshop. Ustaz memiih Adobe Photoshop CS2 kerana rata-rata komputer zaman sekarang boleh memakai photoshop versi ini kerana tidak terlalu memerlukan spesifikasi komputer yang terlalu tinggi berbanding version seterusnya seperti cs3 dan yang terbaru cs4. Jadi pada kali ini ustaz inginmembuat sedikit pengenalan kepada antaramuka (kalau englishnya INTERFACE) Adobe Photoshop CS2 ni.

Gambar di bawah adalah bahagian2 atau pallete2 yang perlu anda tahu jika ingin menggunakan Adobe Photoshop CS2... Antaramuka Photoshop CS2
Palet option di atas skali adalah pengubahsuain atau tetapan untuk setiap tools yang kita gunakan dalam PS. Palet tools adalah toolbar untuk semua tools yang akan kita gunakan dalam PS. Di bawah saya akan terangkan sepenuhnya kegunaan setiap tools tersebut. Palet info pula adalah tetingkap yang menerangkan kesemua maklumat mengenai dokumen, warna dan thumbnails kita punye dokumen. Palet color adalah toolbars yang paparkan pilihan warna. Palet ini kemungkinan agak penting jugak bagi anda yang suke bermain dgn warna. Palet history antara yang penting kerana ia akan menyimpan ke semua aktiviti yang dilakukan dalam PS. Sekiranya berlaku kesilapan, kita boleh ulang kembali pada titik sebelumnya dengan mudah dan cepat. Palet layer, sememangnya adalah tunjang utama kenapa PS menjadi kegilaan kerana palet ini membolehkan kita mengendali setiap fungsi dan efek dalam PS. Setiap layer mempunyai kesan tersendiri, bukan kesan menyeluruh seperti perisian grafik yang lain. Pallete Tools Pallete asas yang perlu anda ketahui dalam Photoshop CS2 ialah Pallete Tools. Pada bahagian ini, terdapat pelbagai tools untuk memotong gambar, menukar warna, menambah teks dan sebagainya. 1. Marquee tools - alat ini digunakan untuk membuat selection tertentu dalam dokumen kita. Terdapat 4 pilihan selection tools iaitu Rectangular, Eleptical, Row dan Colum. Untuk memilihnya, klik pada Marquee dan biarkan beberapa ketika sehingga keluar pilihannya. 2. Move tools - alat ini digunakan untuk menggerakkan elemen-elemen layer dalam dokumen kita. Alat ini hanya berkesan kepada layer yang kita pilih sahaja dan bukan keseluruhan layer. 3. Lasso tools - fungsi lasso tools adalah sama dengan Marquee, untuk membuat selection pada dokumen kita tetapi cara penggunaannya secara lebih terbuka atau FREE HAND. Biasanya kita gunakan lasso sekiranya kita ingin membuat selection yang rawak dan mengikut pilihan kita. Terdapat 3 pilihan iaitu Lasso, Polygonal dan Magnetic tools. Polygonal berfungsi untuk hasilkan selection berbentuk poligon manakala Magnetic akan membuat selection secara bermagnet di mana ia akan mengikut bentuk sesuatu elemen dalam dokumen kita. 4. Magic Wand tools - alat ini berfungsi dengan mantapnya membuat selection berpandukan kepada kawasan sesuatu elemen. Kebolehan selection ini boleh diubahsuai pada palet Options. 5. Crop tools - berfungsi untuk memotong dokumen kita dan mentransformasikan bahagian yang dipotong td kepada dokumen yang baru. 6. Slice tools - alat ini digunakan untuk memotong elemen2 dalam dokumen kita kepada beberapa bahagian. Ia biasa digunakan sekiranya kita ingin memecahkan satu elemen yang besar (image) kepada beberapa bahagian. 7. Healing brush - alat berfungsi untuk membaiki elemen dalam dokumen kita dengan berpandukan kepada target tertentu yang kita mahukan. Alat ini biasa digunakan untuk menghilangkan kesan jerawat pada muka dan kesan gmbar yang terkoyak. 8. Pencil tools - nama alat ini sudah menerangkan fungsinya. Ia digunakan untuk melukis pada dokumen kita berdasarkan kepada saiz pencil yang kita gunakan. 9. Clone Stamp tools - alat ini digunakan untuk menghasilkan duplikasi berdasarkan kepada target. 10. History Brush tools - alat ini akan mengembalikan kesan pada dokumen kita pada titik sebelum elemen itu diberikan kesan. 11. Eraser tools - digunakan untuk memadan elemen-elemen dalam dokumen kita. Terdapat 3 pilihan iaitu Erase, Background Erase dan Magic Eraser. 12. Paint Bucket tools - digunakan untuk mewarnakan keseluruhan elemen dalam dokumen berdasarkan kepada kawasan yang mempunyai intonasi warna yang sama. 13. Blur tools - alat ini digunakan sekiranya anda ingin menghasilkan kesan Blur kepada elemen dalam dokumen. Terdapat 3 pilihan iaitu Blur, Sharpen dan Smudge yang masing-masing mempunyai fungsi yang tersendiri. 14. Burn tools - alat berfungsi memberikan kesan kepada intonasi warna kepada elemen dalam dokumen. Kesan alat ini hanya kepada warna dan tidak kepada bentuk elemen. Terdapat 3 pilihan iaitu Dodge, Burn dan Sponge. 15. Path Selection tools - alat ini hanya digunakan sekiranya anda menggunakan path dalam dokumen anda. Sekiranya tidak, alat ini boleh diabaikan. 16. Type tools - ini adalah untuk menghasilkan teks atau tulisan dalam dokumen kita. Kita akan mengupas penggunaan alat ini pada masa mendatang. 17. Pen tools - alat ini digunakan untuk membina path dalam dokumen kita. Path biasanya digunakan sebagai panduan untuk menghasilkan kesan2 yang menarik apabila kita gunakan teks. 18. Drawing tools - alat ini digunakan untuk melukis bentuk2 tertentu dalam dokumen kita. Terdapat pilihan-pilihan seperti Ractangle, Round, Ellipse dan Custom. 19. Notes tools - sekiranya anda ingin meninggalkan catatan pada dokumen, anda boleh gunakan alat ini. Tetapi ia tidak memberi kesan selepas dokumen kita ditransformasikan. 20. Eyedropper tools - alat ini digunakan untuk mengambil jenis warna tertentu dalam dokumen kita. 21. Hand tools - alat ini berfungsi untuk menggerakkan pandangan dokumen kita sekiranya saiz dokumen adalah lebih besar berbanding pandangan. 22. Zoom tools - pastinya anda biasa dengan nama alat ini yang berfungsi untuk mengubah jarak pandangan dokumen kita sehingga kepada satu pixel. 23. Color tools - ini merupakan alat yang penting kerana ia berfungsi sebagai pilihan warna kepada semua alat-alat yang akan kita gunakan.  Revolusi Pallete Tool Revolusi Pallete Tools Photoshop Ihsan dari http://www.kripkornstudios.com.my
|